My Stalker :D

Monday, June 18, 2012

HATIku di uji lagi

Demi Allah aku harus lebih tabah dari biasa,hati wanita ini benar-banar di uji untuk ke sekian kalinya. Kenapa masih berulang lagi? Mengapa aku di uji sebegini Ya Allah? Aduh.. nuraniku meronta-ronta minta dilepaskan dari genggaman derita yang sekian lama ku tanggung. Sakitnya hati ini taklata terpaksa berhadapan dengan ujuan sebegini lagi. Air mata pun sudah malu untuk menunjukkan muka lantaran terlalu lama menemani aku sepanjang malam.

Apakah salahku,apakah kurangnya aku. Aku tahu aku tidak sebaik mana, mahupun sempurna seperti yang kau harapkan,namun aku cuba sedaya termampu untuk menjadi pelengkap hidupmu. Tiada ribut, hujan, petir mahupun taufan tanpa amaran,namun hatimu tiba-tiba berubah. Kenapa baru sekarang? Kenapa kau guris hati ini setelah kau beri harapan yang menggunung?

"Jangan ditanya sebab,jangan disoal punca, tetapi terima dengan redha dan hati yang terbuka bahawa ini bukan jodoh kita..!"

Mudah dan ringkas kata-kata yang kau lemparkan, mudah dan pantas jugalah hati ini kau guris bagaikan memotong daging yang sudah tidak bernyawa. Parahnya gurisan hati ini aku selangi dengan titipan doa buat yang MAHA ESA kerana aku sedar aku tidak bersendirian mengharungi badai ini.

Aisyah r.a. berkata : 
Saya telah mendengar Rasulullah saw yang sedang menyandarkan badannya kepadaku 
(ketika kesakitannya yang akhir ),
membaca 
"Allahummaghfirli warhamni wa alhiqni birrofiqil a’la"
(Ya Allah, ampunkan hamba dan kasihanilah hamba dan biarkanlah hamba mengiringi sahabat-sahabat yang mulia).

No comments:

Post a Comment