Apakah salahku,apakah kurangnya aku. Aku tahu aku tidak sebaik mana, mahupun sempurna seperti yang kau harapkan,namun aku cuba sedaya termampu untuk menjadi pelengkap hidupmu. Tiada ribut, hujan, petir mahupun taufan tanpa amaran,namun hatimu tiba-tiba berubah. Kenapa baru sekarang? Kenapa kau guris hati ini setelah kau beri harapan yang menggunung?
"Jangan ditanya sebab,jangan disoal punca, tetapi terima dengan redha dan hati yang terbuka bahawa ini bukan jodoh kita..!"
Mudah dan ringkas kata-kata yang kau lemparkan, mudah dan pantas jugalah hati ini kau guris bagaikan memotong daging yang sudah tidak bernyawa. Parahnya gurisan hati ini aku selangi dengan titipan doa buat yang MAHA ESA kerana aku sedar aku tidak bersendirian mengharungi badai ini.
Aisyah r.a. berkata :
Saya telah mendengar Rasulullah saw yang sedang menyandarkan badannya kepadaku
(ketika kesakitannya yang akhir ),
membaca
"Allahummaghfirli warhamni wa alhiqni birrofiqil a’la"
(Ya Allah, ampunkan hamba dan kasihanilah hamba dan biarkanlah hamba mengiringi sahabat-sahabat yang mulia).

No comments:
Post a Comment