My Stalker :D

Friday, April 29, 2011

Wanita..


Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya…

Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu & kepandaiannya

Hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar iman & akhlaknya…..

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Wanita yang solehah itu lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh.

Wanita yang solat lima waktu, puasa dalam bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya masuklah ia dari pintu syurga mana saja yg ia kehendaki.

Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan.

"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda :

"Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah kerana agamanya kelak engkau akan bahagia" (Hadis Riwayat Muttafaqun Alaih)

"Sekiranya aku ini manusia yang boleh memerintahkan mana-mana manusia untuk sujud kepada manusia lain,maka aku akan menyuruh para isteri sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami yang dianugerahkan Allah atas mereka" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

"Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu,berpuasa dibulan ramadhan,menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati suami,maka masuklah ia kesyurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki" (Hadis Riwayat Ahmad)

No comments:

Post a Comment