My Stalker :D

Sunday, May 1, 2011

Kisah SECRET


Kisah ini bermula di sebuah bilik piano di kawasan sekolah. Seorang perempuan sedang menyimpan sesuatu di bilik tersebut. Tetiba seorang lelaki ini ternampak perempuan tu... Sejak mereka berjumpa,mereka mula rapat. Mereka pandai bermain piano. Mereka berkongsi tentang piano,berkongsi not,lagu dan sebagainya. Perempuan tu mengajar lelaki ni satu lagu yg dipanggil secret yg tahu tentang lagu itu hanya perempuan tu and lelaki ni saja.


Setiap saat,minit,jam,hari,minggu dan bulan perempuan tu menemani lelaki ni dimana saja lelaki ni berada dan lakukan.... Di sekolah ada majlis tari menari,lelaki ni melihat perempuan tu menari seorang lalu lelaki ni pergi ke arah perempuan tu dan menari dengan perempuan tu sambil tersenyum.. Sejurus habisnya mereka menari,lelaki ni berjumpa dengan perempuan tu di bilik piano sekolah... Lelaki ni memain piano untuk perempuan tu lalu lelaki ni berkata " pada hari majlis penyampaian hadiah di sekolah sy akan buat persembahan dan persembahan tu hanya untuk awk sahaja.. ",perempuan tu berkata " boleh sy dengar sekarang? ",sambil ketawa lelaki tu berkata " tak boleh,tunggulah pada hari penyampaian hadiah nanti dan sekolah kita akan dirobohkan pada hari penyampaian hadiah.. ",perempuan tu hanya diam sahaja bila mendengar sekolah akan dirobohkan..Pada suatu hari,lelaki ni melihat perlawanan football dan disebelah lelaki ni ada seorang perempuan yg sangat cantik serta menawan... Tetiba lelaki ni nampak perempuan tu di hujung kerusi dia duduk. Lelaki ni senyum dan perempuan tu menyusik lelaki ni dari jauh. Lalu lelaki ni bercakap dgn perempuan cantik disebelahnya untuk bertanyakan tentang gelang tangan yg dipakai oleh perempuan cantik itu. Perempuan tu yg melihat lelaki ni bercakap dgn perempuan cantik tersebut perempuan tu terus berlalu pergi kerana cemburu... Lelaki ni hanya melihat perempuan tu pergi.. Lelaki ni bertanya pada rakannya apa itu asma,kawan lelaki ni berkata asma tu boleh di jangkit melalui udara dan ada juga berkata asma tu boleh didapati melalui kecedaraan... Lelaki ni tak percaya akan kata-kata kawannya tu dan terus berlalu pergi sambil tersenyum..


Sesampainya lelaki ni dirumahnya,lelaki ni terkejut melihat ayahnya pandai bermain piano... Ayah lelaki ni seorang guru di tempat sekolahnya.. Lalu lelaki ni bertanya pada ayahnya penyakit asma boleh sembuh dgn makan apa? Ayahnya menyuruh lelaki ni menari dengannya dahulu baru di bagitahu apa jawapannya... Lelaki ni mengikut kehendak ayahnya itu untuk mengetahui lebih banyak pengetahuan tentang penyakit asma kerana perempuan tu menghidap penyakit asma.. Sejam telah berlalu,lelaki ni sudah bosan menari dengan ayahnya dan bertanya " makanan apa yg sesuai untuk orang penyakit asma? ".. Ayah lelaki tu berkata "ada epal di dalam peti sejuk,ambil laa.. "... Lelaki ni berkata epal ke yg sesuai untuk orang asma.. Ayahnya hanya diam saja... Lelaki ni mengambil epal tersebut dan bawa ke sekolah... Lelaki ni menunggu perempuan tu di dalam kelas tapi perempuan tu tak kelihatan,dalam meja perempuan tu dipenuhi epal...


Ketika lelaki ni sedang berjalan di kawasan sekolah,lelaki ni terlihat perempuan tu sedang duduk sambil melihat padang sekolah... Lelaki ni terus berlari ke kelas untuk mendapatkan epal yg diletakkan di bawah meja perempuan tu.. Lelaki ni datang ke arah perempuan tu dan duduk di sebelahnya lalu memberi epal kepada perempuan tu... Perempuan tu sambil tersenyum lalu makan epal tersebut.. Perempuan tu bertanya dekat lelaki tersebut " lepas ni sy tak ada dekat sekolah adakah awk akan cari perempuan lain? ",lelaki tersebut pun menjawab " mesti laa! Takkan sy nk tunggu awk... ".. Perempuan tu terus berlari sambil kesat air matanya... Lelaki ni menjerit sambil berkata " ehh! Tolong laa sy angkat epal ni,jangan tinggalkan sy... "

Sejak dari hari tu,lelaki ni tak nampak perempuan tu di sekolah... Lelaki ni mencari perempuan tu di rumahnya tapi hanya menunggu perempuan tu keluar dari rumahnya... Tetiba lelaki ni melihat seorang nenek tua membawa barang menuju ke rumah perempuan tu tiba-tiba epal jatuh dari beg plastik nenek tu.... Lelaki ni menolong nenek tu dan memberi epal tersebut kepada nenek tu... Nenek tu hanya senyum saja lalu masuk ke rumah perempuan tu.... Lelaki ni dengan hairan lalu memanggil nenek tu tapi nenek tu tak layan... Lelaki ni terus pulang ke rumah... Sejurus tiba dirumahnya,lelaki ni terus memain piano dengan nada sedih... Ayah lelaki ni menangis mendengar bunyi piano tu lalu ayahnya menyuruh lelaki ni ceritakan masalahnya tapi lelaki ni terus masuk ke dalam bilik...


Keesokannya,lelaki ni pergi ke rumah perempuan tu.. Lelaki ni menekan loceng berkali-kali lalu nenek tu keluar dan lelaki ni menanyakan tentang perempuan tu tapi kata nenek itu perempuan tu tak sihat kerana asmanya datang balik dan menyuruh lelaki ni pergi.. Lelaki ni terus pergi ke sekolah... Sejak dari hari tu lelaki ni rapat dengan perempuan cantik itu... Setiap masa mesti lelaki tu akan berada di bilik piano dan memain piano.... Perempuan cantik tu sentiasa menemani lelaki ni...


Pada hari penyampaian hadiah,lelaki ni akan buat persembahan dan perempuan cantik tu memberikan gelang tangannya kepada lelaki ni untuk membawa tuah... Lelaki ni tersenyum dan memakainya... Tiba masanya untuk lelaki ni buat persembahan... Masa lelaki ni buat persembahan di pintu masuk dewan perempuan tu melihat lelaki ni buat persembahan... Lelaki ni menoleh ke arah perempuan tu dan tersenyum lalu perempuan tu berlari pergi... Lelaki ni mengejar perempuan tu dan memeluknya sambil berkata " kita jangan berpisah lagi,janji? ",perempuan tu berkata " janji! "... Ayah lelaki ni memanggil anaknya dan menyuruh lelaki ni balik ke dewan semula... Lelaki ni menyuruh perempuan tu tunggu dia di kelas... Setibanya lelaki ni di kelas,perempuan tu tak ada... Lelaki ni baring di atas meja perempuan tu dan tetiba ada tulisan misteri di atas meja perempuan tu... Tulisan tu menulis " sy ... ,sy cinta kat awk, awk cinta kat sy tak?" lelaki ni terus mengambil liquid dipoketnya lalu melukis bntuk love sambil menangis...


Lelaki ni pergi ke rumah perempuan tu dan nenek tu membenarkan lelaki ni masuk... Nenek tu cakap jangan bising sebab perempuan tu tengah dengar lagu... Lelaki ni pergi ke bilik perempuan tu tapi tak ada sesiapa didalamnya.. Nenek tu berkata " dia menghilang lagi,entah ke mana dia pergi.. ".. Lelaki tu melihat kertas lukisan di atas piano tapi di rampas oleh nenek itu... Nenek tu tak bagi lelaki ni usik barang perempuan tu... Teiba nenek tu melihat wajah lelaki ni sama dengan lukisan tersebut... Nenek tu berkata " maafkan mak,sayang... Mak tak percaya kamu..".. Nenek tu sebenarnya mak perempuan tu... Nenek tu bg gambar terakhir perempuan tu dekat lelaki ni... Gambar perempuan tu bersama ayah lelaki ni.... Lelaki ni bertanya pada mak perempuan tu " betul ke kalau orang sakit asma akan makan epal? ".. Mak perempuan tu berkata " tak,anaknya itu memang suka makan epal.. ".. Lelaki ni pulang ke rumah untuk tanya tentang perempuan tu dekat ayahnya...


Ayahnya pun cerita...perempuan tu seorang perempuan yg pandai main piano merupakan pelajar tahun 1979.. Perempuan tu bagitahu ayah lelaki ni yg dia jumpa lagu secret di bawah piano lama dan lagu tu mesti dimainkan dengan laju lepas tu orang pertama yg nampak kita tu lah dapat melihat kita dan mesti dimainkan dengan menggunakan piano lama.... Perempuan tu main lagu tu dengan cepat dan sekitar bilik piano tu berubah pada akhir not perempuan tu berada di tahun 2010 dan perempuan tu nampak lelaki ni dahulu tapi orang lain tak nampak perempuan tu... Perempuan tu melihat lelaki ni di kelas dan tak sangka mereka satu kelas... Masa perempuan tu bersama lelaki ni,perempuan tu ada bertanyakan " lepas ni sy tak ada dekat sekolah adakah awk akan cari perempuan lain? " tapi jawapan lelaki ni melukakan hatinya... Sejak dari hari tu,perempuan tu tak datang ke tahun tu untuk berjumpa lelaki tersebut.. Perempuan tu bercerita kisah ni dekat kawan-kawannya tapi dia di hina... Perempuan tu terus tak datang sekolah... Mak perempuan tu membawa ubat untuk perempuan tu makan tapi ternyata ubat yg diberi maknya tu ubat sakit mental.. Perempuan tu sedih sangat kerana maknya tidak percayakannya.... Pada suatu malam,perempuan tu melukis gambar lelaki ni... Maknya menanya " siapa lelaki ni? ",perempuan tu mejawab " inilah lelaki yg sy ceritakan pada mak tu..".. Mak perempuan tu keluar dari bilik anaknya dan berkata pada gambar yg di gantung di dinding " kamu cakap seseorang perempuan akan nampak baik bila main piano tapi anak kita main piano dan kerana dia main pianolah anak kita dah sakit.. Semua salah awk kerana menyuruh dia main piano.."... Perempuan tu melihat maknya memarah gambar ayahnya... Pada hari penyampaian hadiah perempuan tu dijemput oleh gurunya iaitu ayah lelaki ni untuk ke sekolah... Setibanya di sekolah,perempuan tu mengambil gambar dengan gurunya itu dan perempuan tu teringat akan lelaki ni cakap " pada hari majlis penyampaian hadiah di sekolah sy akan buat persembahan dan persembahan tu hanya untuk awk sahaja.. " dan lelaki ni berkata lagi " sekolah kita akan dirobohkan pada hari penyampaian hadiah.. ".. Perempuan tu pergi ke bilik piano dan memainkan lagu secret itu dan perempuan tu pun jumpa lelaki ni dan memeluk lelaki ni,lelaki ni menyuruh perempuan tu tunggu dia di kelas tapi malangnya perempuan tu melihat gelang tangan perempuan cantik tu dekat tangan lelaki ni... Perempuan tu pun memainkan lagu secret tu untuk kembali ke tahunnya... Perempuan tu baring di mejanya di kelas sambil menulis " sy ... ,sy cinta kat awk, awk cinta kat sy tak? ",lalu perempuan tu mati di mejanya itu....


Setelah lelaki ni dengar cerita itu dari ayahnya,ayahnya mahu memberi lagu secret tu dekat lelaki ni tapi sejurus mahu membaginya,lelaki ni sudah hilang... Lelaki ni berlari ke sekolah dan memasuki kawasan sekolah yg akan dirobohkan itu... Ketika di rumah ayah lelaki ni melihat lagu secret tu dan terlihat nota terakhir perempuan tu yg berkata " sy ... ,sy cinta kat awk, awk cinta kat sy tak? ",ayah lelaki ni membuka lipatan atas nota itu untuk mengetahui nota itu menujukan kepada siapa,ayah lelaki ni terkejut kerana nota ini ditujukan kepada anaknya..Ayah lelaki ni terus mencari anaknya itu... Setelah masuk ke dalam sekolah,lelaki ni terdengar ada orang berkata piano lama ditinggalkan di bilik piano... Lelaki ni memanjat bangunan sekolah untuk ke bilik piano.... Lelaki ni pecahkan tingkap bilik piano dan memasuki bilik tersebut.... Lelaki ni teringat perempuan tu memain lagu secret dengan laju sekali dan teringat juga akan kata-kata perempuan cantik yg berkata " jangan guna piano lama itu kerana piano tu berhantu.. "... Lelaki ni bermain piano tersebut dengan laju sekali pada masa sama kerja-kerja merobohkan sekolah dijalankan.... Pada akhir not lagu itu,ada bola besi yg besar di luar tingkap bilik piano,darah lelaki ni terjatuh pada key terakhir dan bola besi tu dilambungkan ke arah lelaki tersebut lalu lelaki ni menekan key yg terakhir................................. Lelaki ni berada di pintu belakang kelas perempuan tu sambil tersenyum dan perempuan tu pun tersenyum melihat lelaki ni.... Lelaki ni dan perempuan tu menjadi pasangan couple dan lelaki ni telah menamatkan persekolahannya pada tahun 1979...


THE END

No comments:

Post a Comment